Apakah SLE?

persatuan-sle-malaysia

Nota: Ulasan dari PSLEM

Apakah SLE? Systemic Lupus Erythematosus (SLE) adalah penyakit kronik auto-imun di mana badan pesakit menghasilkan protein darah dengan banyaknya. Protin darah yang dipanggil antibodi ini dengan sendirinya memberi tindak balas terhadap tisu seseorang. Punca penyakit SLE tidak diketahui.

Sejarah
Lupus ialah perkataan Latin bagi serigala. Erythematosus bererti ruam merah. Pada tahun 1851, Dr. Cazenave telah menjumpai ruam merah di muka seorang pesakit yang kelihatan seperti gigitan serigala. Beliau telah menamakan ruam berkenaan Discord Lupus Erythematosus (DLE).
Pada tahun 1885, Sir William Osler telah mengenalpasti bahawa ramai orang yang mengidap lupus mempunyai penyakit yang bukan sahaja melibatkan kulit tetapi turut melibatkan organ dan sistem lain. Beliau telah menamakan penyakit tersebut Systemic Lupus Erythematosus (SLE).

Jenis-jenis Lupus
Discoid Lupus Erythematous (DLE)
- Hanya melibatkan kulit
- Jarang merebak ke organ lain

Systemic Lupus Erythematosus (SLE)
- Boleh merebak ke organ lain
- Boleh mengakibatkan kematian

Statistik
Lebih kurang 90% pengidap SLE adalah wanita sementara 10% adalah lelaki dan kanak-kanak.
Lebih kurang 90% wanita yang mengidap SLE berada di dalam lingkungan umur boleh hamil iaitu di antara 15 hingga 50 tahun.

Ratio pengidap SLE
Di Barat, di kalangan Afro-Caribbeans – 1 dalam 250 –500 orang
Di Amerika Syarikat – 1 dalam 2,000 orang
Di negara China – 1 dalam 1,000 orang
Di Malaysia dianggarkan lebih daripada 10,000 orang telah disahkan mengidap SLE dalam jangka masa 30 tahun kebelakangan ini. Namun demikian, PSLEM percaya ada ramai lagi mereka yang mengidap SLE yang belum disahkan. Ibuku adalah salah seorang wanita SLE di Malaysia.


Sekiranya ada ahli keluarga anda menghidapi SLE, sila berhubung dengan PERSATUAN SLE MALAYSIA untuk mendapatkan bantuan dan khidmat nasihat. Anda digalakkan menyertai PSLEM kerana penyakit ini adalah dikategorikan "rare" berbanding penyakit lain.



Lain-lain pautan berguna, klik dipautan untuk lawati web mereka

Walau pun ada penerangan berkaitan SLE, sila rujuk kepada doktor anda pada sepanjang masa. Jumpa mereka yang pakar dalam bidang ini. SLE boleh dikawal & wanita SLE boleh menjalani kehidupan biasa!


Sertai Walk-a-Payung PSLEM

walk-a-payung-sle
Sertai Walk-a-Payung PSLEM untuk tambah kesedaran masyarakat